to everyone that i turned down before..
I am Truly Sorry...
Tiga waktu berlalu
Rentang hatiku menyayat
Wajah kasih yang dulu
Hadir dalam tidur
Malamku penuh mimpi
Pertemuan tak terjamah
Sinar di ujung sana
Menerangimu
Pernah kau berkata
Bila ku merindu
Bicara saja bintang kan mendengar
Maka kau kan merasakannya
Aku tahu diri
Semua takkan mungkin
Biarkan saja semua jadi kenangan yg mungkin
Takkan terlupa sampai kau menua
Biar saja
Hujan di ujung bulan
Biar jadi saksi hati
Betapa pun mencinta
Ini takkan mungkin
(Bicara pada Bintang : Rossa)
Firefly out
minggu yang lepas, entah tak tahu angin terlebih rajin datang, geng2 tmpt keje lama masa kt Maju Geohydro ajak naik Broga Hill...mmg dah lama dah plan, tap asyik xx jadi...namu akhirnya berjaya juge..hikhikhik...tipu la cakap x mencabar, dengan keadaan yang "lebih muatan" sekarang kan..nk ngangkut byk "spare tayar", dah tak terkira berapa banyak kali berhenti sblm dpt jejakkan kaki kt atas bukit tu..tu pun x sampai puncak..nengok bertapa cerun nye bukit nk ke puncak..hu...x apela..tunggu spare tyr kurang sikit la ek...
Plan awal nk menikmati matahari terbit kt atas bukit tu...kul 4 saya kuar rumah...tp setelah mengambil semua org, singgah subuh dkt Petronas semenyih before pekan semenyih, kul 7 baru sampai kaki bukit, nengok matahari terbit dalam kereta je la kt kaki bukit..hikhikhik..
dan disebabkan spare tayar banyak n lebih muatan..saya mengambil masa 1 jam lebih untuk ke atas..amik ko..org lain 40 minit je nak ke atas..hahahahha..sampai atas dlm kul 8 lebih, cuaca pun best, angin sepoi2 bahasa, rasa sgt puas hati la bila sampai ke kt atas tu..
masa naik atas, cabaran utama ialah penafasan..fuh...nak meletop rasa dada menahan kepenatan...
masa turun lak cabaran utama ialah kekuatan lutut n kaki kita, pergh...tapi rasa macam masa turun tu lagi mencabar sbb mmg kena turun betul2 masa tu...tu pun lutut mcm terseliuh sikit..mak aih..2 hari gak kena ruhsoh sembahyang sembahyang sbb lutut xle turun masa nk sujud n xle nk bengkok masa nak duduk antara dua sujud.. (TT_TT)~~..tu la pengalaman saya dapat masa kt Broga hill ari tu..
Inshaa Allah, ada jodoh, saya g lagi sana...tp buat masa skrg ni..uhuk uhuk..fokus ngan abeskan master saya je la...kikikiki...
Firefly out...
Assalamualaikum...
Hari ini bersamaan 30 Zulhijjah 1434H
Hari terakhir sebelum tahun baru dalam kalendar Islam..
Jangan lupa membaca yassin dan doa akhir tahun(3X) selepas Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib hari ini..
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
Doa Akhir Tahun
And after maghrib Insya Allah..membaca sekali lagi surah yassin bersama-sama doa awal tahun..
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Doa Awal Tahun
semoga kita mendapat tahun yang berkat pada 1435H
sama-sama kite berazam untuk sentiasa bermuhasabah dan merubah diri menjadi seorang muslim yang lebih baik..sentiasa mencintai Allah dan Rasul-Nya..sentiasa mentaati ibu bapa dan suami bagi seorang isteri..sentiasa menjadi mukmin yang bertakwa..supaya hati sentiasa tawaduk..sentiasa ingin berjuang mempertahankan Islam..InsyaAllah..
Al fatihah buat Arwah A.Kadir BIn Mohammad dan Sopiah Binti Paimin..
Firefly out..