Sebenarnye..ni kali ke dua saya menaip untuk post ni..yg before saya nk post..tp hang lpas 2 hilang..tensen gile!!cari kt draft pun xde...hu...so terpaksa la menaip balik...
he..pejam celik da seminggu da bulan Ramadhan...hari ni Hari ke-8...Alhamdulillah...
Last week seminggu saya melepak kt umah.he..mintak cuti dari Rabu sampai jumaat.he..x payah keje..hooray!!!blik Gelang Patah hari ahad..hu...rasa mcm xnk blik je..Minggu ni Insya Allah,saya blik ke umahku syurgaku itu..he..untung company bus dpt client mcm saya yg blik ke KL setiap minggu ni..ngeh3x..
Da lama x berpuasa jauh dari family,paling last masa kt Matrikulasi Kedah,Changlun dulu..masa tahun 2005..lpas 2 masa belajar kt UiTm Shah Alam,setiap hari berbuka dlm kereta..he...sekejap je masa berlalu..dah tue ke??Tidak3x...baru 22 tahun 11 bulan je...he...Muda lagi,sampai org bank pun xnk bg pinjaman sbb dia kata saya muda lagi..hu..lantak la..salahkan jadi muda n da bekerja??
X sabar rasanya nk blik bersahur n berbuka kt umah...kt sini x dpt makan sahur nasi...kt umah dpt..berbuka pun byk lauk..biasala, mak saya, Puan Sopiah 2 mmg x pernah x bagi ktrg kekurangan makanan..tgkla saiz adik-beradik ktrg..ngeh3x..bagi dia,kalau sahur x mkn nasi,2 bukan sahur namanye...x mainla setakat minum air je,roti je,bijirin je ke..bagi dia,mak2 yg x bg anak2 makan nasi 2 mcm pemalas..dia mmg pantang gile and x suka..tp ada setengah org mmg xle mkn berat2 waktu pagi kan...nanti drg sakit perut la,muntah2 dll. tp saya pernah dengar yg BREAKFAST 2 penting sebelum memulakan rutin harian kita..kita boleh skip lunch or dinner,tp xle skip breakfast...tp itu maybe cara masing2..kalau ikut fahaman saya, kalau kita makan pagi mmg la kita akan sakit perut, dalam perut kita kan ada acid untuk mencerna makanan,so masa kita tido, acid x berjalan..so lpas kita bangun, kita mkn,acid dlm perut akan menjalankan fungsi nye kan and menyebabkan kita sakit perut...sbb 2la ada sunnah Nabi Muhammad saw galakkan minum air suam lpas kita bangun tido..neutralkan acid dalam perut kita..so sama2 lah kita amalkan!!
Hari khamis lepas,puasa ke-2 along n da family pun berbuka kt umah...he..lpas la rindu yang x tertanggung saya kepada anak saudara tercinta,asyraf n azfar..Azfar baru je 2 bln, berat dia da 6 kg...gendut tul..ikut mak de kot..he...
ni la asyraf yang da 6 |
Ni makde di waktu kecik..comel x..ni la sbbnye saya dipanggil gendut.. |
firefly out
and for today..
FADHILAT SOLAT TERAWIH..(no more song Lyrics for fasting Month.....)
Contributed by ShahMatRock
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus
semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 )ribu
Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah
mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam
Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yangmasih hidup atau mati).
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."