Assalamualaikum,
UPDATED
Disebabkan Wabak Virus Covid-19 semakin meninggkat di negara kita, pihak JAKIM mengajak umat Islam mengadakan bacaan Yassin dan Solat Sunat Hajat meminta pertolongan dan perlindugan Allah s.w.t bagi memulihkan situasi ini di Malaysia. Bacaan Yassin dan Solat Sunat Hajat dicadangkan esok,Jumaat( 27/3/2020 )bersamaan 3 SYAABAN 1441H di RUMAH SENDIRI DAN MASING-MASING.
_____________________________________________
Disini, saya sertakan panduan cara solat hajat dan fadhilatnya.
Fadhilat Solat Sunat Hajat
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
- Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
- Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Panduan Solat Sunat Hajat
*Bermula dengan pengambilan wuduk yang sempurna
**Solat sunat hajat boleh dibuat dengan 12 rakaat 6 salam atau paling minima 2 rakaat 1 salam
***Solat sunat hajat dilakukan dengan meliputi 13 rukun solat fardhu dan hanya ada sedikit perbezaan seperti yang diterangkan dibawah
Rakaat Pertama
1. Lafaz Niat Solat Sunat
.
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
2. Membaca Doa Iftitah
3. Membaca Al-Fatihah
atau
5. Rukuk dengan Thukmakninah
6. Iktidal dengan Tuknakninah
7. Sujud sekali dengan Thukmakninah
8. Duduk antara dua sujud dengan thukmaninah
9. Sujud sekali lagi dengan Thukmakninah
10. Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
3. Rukuk dengan Thukmakninah
4. Iktidal dengan Tuknakninah
5. Sujud sekali dengan Thukmakninah
6. Duduk antara dua sujud dengan thukmaninah
7. Sujud sekali lagi dengan Thukmakninah
*Semasa Sujud Terakhir membaca Tasbih
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
**Sebutkan hajat di dalam hati (tanpa lafaz) selepas tasbih
Wirid Selepas Solat Hajat
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
c. Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
Doa Selepas Solat Hajat
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”
Jaga diri semua, duduk di rumah, keluar jika benar-benar perlu. Basuh tangan selalu.