Yang Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu
berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada
kamu, agar kamu bertaqwa. (al-Baqarah, ayat 183)
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah saw telah bersabda: “Sesiapa yang
mendirikan solat (Tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
keikhlasan, maka Allah ampunkan segala dosanya yang lalu...” (Riwayat Muslim)
MUKADIMAH
Solat Tarawih bermaksud beristirehat yang dilaksanakan
berselang-seli dengan berehat seketika.
Ibadah tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang, tidak
tergopoh gapah, sabar bagi menunjukkan tanda ikhlas dan taat kepada Alla SWT.
Sekiranya tidak mampu dilaksanakan 20 rakaat maka memadai
dengan lapan rakaat serta dibenarkan secara duduk.
HUKUM SOLAT SUNAT Tarawih
Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan
oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan
sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat
orang-orang Islam.
Waktu Solat Sunat Tarawih
Ditunaikan selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan sunat
ba’diah dua rakaat.
Rakaat Solat Sunat Tarawih
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat
sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar
8 rakaat sahaja.
Pada zaman Rasulullah SAW solat Tarawih dikerjakan sebanyak
8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan. Walau bagaimanapun terdapat
juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan
sebanyak 20 rakaat.
Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab RA pula beliau
melaksanakannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang
Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan solat sebanyak itu.
Solat sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada
tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap
rakaat yang dikehendaki. Boleh dilaksanakan empat rakaat dengan 4 rakaat dengan
2 tahiyat atau empat rakaat sekaligus.
Lafaz niat solat sunat Tarawih:
* Kalau sembahyang menjadi imam atau makmum
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat imam/ makmum
(mengikut imam) kerana Allah Taala.
* Kalau sembahyang sendiri
Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Rukun Solat Sunat Tarawih
Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat
yang lain juga.
Kaifiat Solat Sunat Tarawih 20 Rakaat
Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat solat
sunat Tarawih ini, dibaca pula surah-surah yang tertentu:
Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan:
Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang
bermula dari surah al-Takathur hingga surah al-Masad. Susunan surah-surah
adalah seperti berikut:
Surah Al-Takathur
Surah Al-Asr
Surah Al-Humazah
Surah Al-Fil
Surah Quraisy
Surah Al-Ma’un
Surah Al-Kautsar
Surah Al-Kafirun
Surah An-Nasr
Surah Al-Masad
Pada
tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.
Surah Al-Ikhlas
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan:
Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Surah Al-Qadr
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
Bacaan Sebelum Memulakan Solat Sunat Tarawih
Solat Sunat Tarawih
i. Memulakan solat sunat Tarawih dua rakaat (rakaat pertama
& rakaat kedua) dan setelah selesai: (Rakaat 1&2)
ii. Menyambung solat
Tarawih dua rakaat
lagi RAKAAT (rakaat ketiga & rakaat keempat) dan setelah 3 & 4
selesai: (Rakaat 3&4)
iii. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat kelima dan keenam) dan setelah selesai: (Rakaat 5&6)
iv. Menyambung solat Tarawih dua rakaat (rakaat ketujuh dan kelapan) dan setelah selesai: (Rakaat 7&8)
v. Menyambung solat Tarawih dua rakat lagi (rakaat kesembilan dan kesepuluh) dan setelah selesai: (Rakaat 9&10)
vi. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat kesebelas dan kedua belas) dan setelah selesai: (Rakaat 11&12)
vii. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketiga belas dan keempat belas) dan setelah selesai:
viii. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat kelima belas dan keenam belas) dan setelah selesai:
ix. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat ketujuh belas dan kelapan belas) dan setelah selesai:
x. Menyambung solat Tarawih dua rakaat lagi (rakaat kesembilan belas dan kedua puluh) dan setelah selesai:
Solat Terawih seterusnya akan disudahi dengan Solat Witir 3 Rakaat dan 2 salam.
Cara solat witir boleh click di
SINI
Stay Safe. Stay Healthy. Stay Hygiene
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna. InshaaAllah