We do not inherit the Earth from our Ancestors, we borrow it from our Children

Assalamualaikum..seluruh Malaysia mesti tergegar kan dengan gegaran semalam..Alhamdulillah, Subhanallah..tiada impak yang besar kepada kita semua..


bila difikir-fikir semula..Allahuakbar..Allah Maha Besar..negara kita Malaysia ialah negara yang terletak diluar 'Lingkaran api Pasifik' .. tapi dengan kuasa Allah.."Kun Fayakun".. bergegar juga bumi Malaysia ini..dahulunya kita selalu banggakan dengan keadaan geografi Malaysia yang sangat strategik, suhu khatulistiwa, subur untuk tanaman,  tiada gempa...tapi lihatlah sekarang..mungkin benar, Bumi kita sudah terlalu tua..penat untuk menampung pengkhianatan penghuni bumi..barangkali..jika diibaratkan bumi dengan sebiji epal hijau.. mungkin sekarang epal itu telah reput dan busuk dan menunggu masa untuk lupus sahaja..


Semalam saya terfikir sejenak..gusar sungguh hati mendengar pengkhabaran dari Televisyen tentang gempa yang melanda negara jiran, Aceh, Indonesia..mungkinkah ini peringatan Allah s.w.t.. hati berdoa "Ya Allah, Ya Allah..Kau selamatkan umat Islam Seluruh dunia dari bencana dan malapetaka ini.." merintih hati ini..sayu rasanya..


Firman Allah s.w.t;


"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Ruum : 41)


mugkinkah ini ujian Allah s.w.t..bersabarlah wahai umat Islam..


"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN DENGAN KESANGGUPAN DAN KEMAMPUANNYA"




So, kesimpulannya..sama2 la kita bermuhasabah diri..


firefly out..

0 Comments