Kecil hati

Received an email from a friend of mine, a very good friend of mine this morning...

nk share..

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

... I'm so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what's that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia..." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na'uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

bila saya baca email forward ni, terusik hati saya, saya ni mmg cpt kecik hati ngan org, hati tisu org kata...hmm...bila dah baca amail ni baru saya paham...betul la mesej dari email ni..bila kita dihina oleh orang lain, tu tandanya Allah s.w.t nk menguji kita...tersedar saya yang selalunya saya kufur dengan nikmat yang Allah s.w.t beri kepada saya...jarang bersyukur, x pernah beringat,bila ditimpa ujian, saya selalu mengadu domba,mengeluh.......Astaghfirullah...

Firefly out

0 Comments