Assalamualaikum,
jadi keputusan SPM 2019 hampir nak keluar pada 5 March 2020 am 10 pagi. Maka, permohonan online UPU pun telah dibuka pada 24 Februari 2020 yang lalu. Perlu di ingatkan tarikh akhir ialah pada 31 Mac 2020. Jadi jangan berlengah ok. Sebelum keputusan SPM keluar ni, boleh la buat persedian yang sepatutnya.
so, untuk permohonan UPU lepasan SPM ni lain sebabnya kita bukan pilih untuk masuk Universiti awam aje. kita jugak mohon program sijil(institusi), asasi,matrikulasi, diploma dan sarjana muda. Semua dalam satu sistem yang sama. Jadi fikir betul-betul tempat yang kita nak tuju dan minat kita.
permohonan boleh dibuat di https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login
Daftar usernama seperti biasa. cuma untuk permohonan UPU pastikan membeli no pin permohonan SPM di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN). mudah sahaja, ambil no giliran di kiosk number (pilih untuk membeli nombor pin). Selepas tu, boleh tunggu nombor anda dipanggil untuk ke kaunter. Di kaunter, beri no IC dan nama penuh mengikut No Kad pengenalan. Buat pembayaran sebanyak RM15.60. Pihak Bank akan memberi anda slip kertas dan no pin. No pin tu nanti masukkan untuk tujuan memasuki akaun permohonan. tak de no pin, x le akses tau. Lepas tu, isi semua borang yang dikehendaki dan pilih la program sijil(institusi), asasi,matrikulasi, diploma dan sarjana muda yang kita nak.
Untuk panduan lanjut mengenai program, universiti, institut, yuran semua boleh buat kajian dlu di https://online.moe.gov.my/upu5/epanduan/index.php# .
kalau kita ada buat permohonan matrikulasi dan kita dapat tawaran kemudiannya. automatik kita takkan dapat IPTA/Institusi. tapi kalau x dapat matrikulasi, ada peluang kita dapat IPTA.
Tips saya :
1. pilih universiti yang berdekatan rumah, jimat ooo..
2. pilih program yang menepati keputusan SPM kita. sebagai contoh kalau masa SPM kita dapat jurusan sains seperti kimia A+, cuba selitkan satu program kimia. inshaaAllah dapat.
3. kalau nak yuran murah, sila pilih UiTM.
4. Kalau rasa tak yakin, try la apply universiti yang jauh kena naik belon(kapal terbang). macam Sabah and Sarawak, sbb katanya x ramai yang memohon.
Tapi kalau x dapat jugak mana-mana, jangan khuatir, sekarang banyak koleh-kolej dan IPTS yang ada kat Malaysia ni. semua pun bagus-bagus, just kena double check, make sure ada accreditation dari MQA. kalau xnk jugak, tunggu je next intake which is February 2021. IPTA akan buka setiap semester. Intake februari sebenarnya lagi senang nak dapat sbb x berebut ngan ramai orang. sementara kerja sambilan dulu cari pengalaman dan duit.
ok ..Good Luck semua.
POST YANG BERKAITAN
1 Comments
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete