Cara Semakan Keputusan SPM 2019

Assalamualaikum,

So, dah tahu kan tarikh keputusan SPM 2019 pada tarikh 5 March 2020 jam 10 pagi. Jadi macam mana nak buat semakan. Kalau zaman dulu kena gigih la pergi sekolah kan amik slip. tapi sekarang dah maju,  di hujung jari aje.




Cara-cara semakan boleh la pilih antara cara di bawah ni kan.

1. Pergi sekolah

Yang ni cara paling klasik, pergi sekolah. Alang-alang boleh reunion jumpa kawan-kawan, crush, cikgu-cikgu, adik angkat, junior-junior. 

2. Semakan online 

Yang ni boleh google : http://sppat.moe.gov.my/semakan/ . Masukkan no kad pengenalan dan no angka giliran. tapi yang ni akan dapat ringkasan keuputusan. Nak keputusan penuh sila ke sekolah

3. Semakan online melalui Apps

Yang ni baru je launch dari lembaga peperiksaan malaysia. ada satu apps e-lembaga peperiksaan dekat google store menggunakan handphone. yang apps ni x terhad pada keputusan spm je, semua peperiksaan under lembaga peperiksaan Malaysia boleh check. 

4. Semakan melalui SMS 

Yang ni memang mendebarkan la kan. cara dia senang, type je  SPM<jarak>Result<jarak>No kad pengenalan lepas tu sms ke 15888. selalu dalam masa 1 minit, dapat la sms balik keputusan kita. Contoh : SPM Result 870830556666 hantar ke 15888.


Mudah je kan zaman sekarang semua di hujung jari, tapi kalau nak dapatkan slip peperiksaan penuh, better pergi je sekolah. tapi jangan confuse tau. yang kita amik kt sekolah tu, slip keputusan sahaja. kita kena ke sekolah semula kemudian untuk dapatkan sijil SPM yang original.

jadi Good luck adik-adik.

walau apa pun keputusan, jangan sesekali berputus asa. Maybe xde rezeki dalam SPM, tapi kalau kita berusaha lagi, inshaaAllah kita boleh berjaya jugak dalam hidup. dont let other people judge our life. let us be the one that decide our own life. Kalau kena marah ngan mak abah tu normal la kan..tanda sayang. lagipun drg berhak marah sebab dorg dah bagi yang terbaik untuk kita berlajar, jadi mereka mesti ada sedikit menaruh harapan tinggi kan.

ok. dah dapat keputusan tu jangan lupa buat permohonan UPU ok and jangan lupa tarikh-tarikh penting.


0 Comments