Jangan membangga Diri

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:


“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

Riwayat Muslim

Huraian


1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.

2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.

3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

 
Dengki


Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saya rasa tiada manusia yang dilahirkan dan diciptakan Allah s.w.t itu sempurna..jgn la bangga diri kepada org lain kan kelebihan diri kita..setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing2..tolong la jgn ckp ngan saya bertapa sempurnanya anda,kerana anda akan menunjukkan bertapa lemahnya diri anda sendiri..kita sesama manusia dan umat Islam sepatutnya bantu-membantu dan melengkapi diri masing2..tp anda selalu menjatuhkan org di sekeliling anda...tidak salah kalau kita bermula dari bawah dan berusaha untuk menjadi org yg berjaya..jgn kerana anda tidak bermula dari bawah dan terus berada di atas,anda tidak menghargai dan mernedah-rendahkan org yg bermula dari bawah itu..apa la sangat dengan segulung ijazah yang kita ada untuk dibandingkan dengan pengalaman yang orang lain ada..sometimes,fakta boleh diputar belitkan..jgn terlalu berpegang sangat dengan pemikiran kita sendiri, sometimes,we have to look from others prespective..jgn hanya hidup dalam dunia kita sendiri..lihat persekitaran luar..

Akhir2 ni saya rasa seperti di buli...terasa diri di letakkan di tempat plg bawah..maybe ini semua dugaan-Nya..saya tengah berusaha bersabar..Moga2 Allah s.w.t. lindungi saya dari sifat2 mazmumah dan kejahatan org lain..dan jujur saya kata kan..saya hanya hamba Allah yang lemah..saya x tahu sampai bila saya boleh bertahan..so,tolong jangan tambahkan rasa benci saya kepada anda...

Firefly out..

and for today...

Damba Kasih


Album : Damba Kasih

Munsyid : In-Team

http://liriknasyid.com







Semakin jauh ku dari-Mu

Semakin dekat pula Kau menghampiri daku

Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih

Siapalah diriku di pandangan-Mu



Semakin cuba ku dekati

Semakin kuat pula Kau mendugai aku

Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna

Kerdilnya diriku di hadapan-Mu



C/O

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu

Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini

Ya Allah Kau Maha Pengampun



Di bayangan mentari aku kealpaan

Dusta dunia penuh kepura-puraan

Di kala dini hari aku kepasrahan

Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan



Andainya dihitung amalanku

Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu

Oh Tuhan Yang Maha Pemurah

Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan



Kasih sayang-Mu Tuhan

Itu yang ku dambakan

Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..



Melodi: Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)

Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment) & Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)

Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd

0 Comments