Thursday, December 16, 2010

Boleh percaya ker??

Hari ni terajin lak nak check email gmail and Yahoo mail..da lama rasanya x buka kan..yela setiap hari menghadap email kerja je..hu..

Yahoo mail,of course la penuh dengan email facebook kan..ada la nak cecah 20,000..hu..jenuh la nak padam...nanti2 la kan..

Gmail lak penuh ngan email notification job vacancy from JENSJOB ngan Jobstreet..hu..sibuk cari kerja lain ke??jeng..jeng..jeng...Biarlah masa depan yang tentukan..mana tahu..rezeki kan..tapi kan..di celah-celah email kerja kosong yang banyak2 tu,terselit satu email khas untuk VIP katanya..yela kan..dah tajuk pun Jemputan VIP kan..he..ingat bebtul la tetibe saya jadi VIP kan..rupa2nye..jemputan mealbur..huh??biar btul?saya mana reti nk melabur-labur ni..xde bakat la..bukannya reti pun..saya memang kedekut...tapi mana reti buat duit..reti simpan duit je...tetiba rajin lak nak bukak email tu..he..click..nampak first word..jemputan VIp..interesting..api bila baca email tu lama2 saya jadi musykil la..betul ke benda ni...mcm xle percaya je kan..

Cuba tengok gambar ni..
ada ke dia siap mention kita x payah tahu pape pun pasal forex..kuar duit je melabur..nanti dapat untung..biar betul..senangnya hidup macam tu..kan..kan..kan..durian runtuh je memanjang..dai ckp company registered..try check laman web..mmg wujud..tp dia ckp registered tu registered ktne ek?Suruhanjaya Syarikat malaysia ke? xde stated pun...so,mcm mana kita tahu dia bebtul registered..saya tak tahula kalau orang lain percaya..tapi saya memang alleric ngan benda2 ni semua..memang saya tak percaya..mana leh daat duit senang-senang kalau tak usaha kan..semua atas usaha..lagipun kita tak tahu rezeki tu halal ke x..kalau haram macam mana?hu...x mau la mkn duit haram kan...orang cakap x berkat..kita jangan tamak sangat..orang tamak selalu rugi tau..

so..semua terpulang pada diri masing-masing kan..

Firefly out..

And for now..

Syukur


Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad Ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenang hidup sejahtera
Mari amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Hari Assyura-10 Muharram 1432H

Assalamualaikum

Seperti yang diketahui semua umat Islam..hari ni tanggal 16 December 2010 bersamaan dengan 10 Muharram 1432H ialah hari Assyura.so, this moring nak share serba sedikit  14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami dan isteri2
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai.

4. Menunjukkan orang sesat
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah.. segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang kurangnya datang dari kelemahan diri saya sendiri..

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.