Thursday, September 23, 2010

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”

Selesai sudah cerita Epilog SyurGa cinta yang disiarkan di TV3 pukul 6.30 setiap isnin Hingga Jumaat..saya tertarik ngan nasihat dlm cerita 2.Akhirnya saya faham,beberapa hukum dalam Islam yang selama ini mungkin saya terlepas pandang.Saya tertarik dengan satu Sunnah Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda:


Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


kebanyakkan kita umat Islam sekarang mungkin tidak sedar akan wujudnya Sunnah ini atau mungkin kita sedar akan kewujudannya tapi kita terlalu taksub dengan adat zaman nenek moyang kita dimana selalunya kita akan menghebah-hebahkan pertunangan kita.


Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.



Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati dan seterusnya ke syurga..Insya Allah.





Selain itu saya juga tertarik dengan nasihat  atuk kepada  Irham,Ckigu Siti,Ustaz Riann ngan Suhaila untuk membuat keputusan demi masa dpn drg...Terdapat 3 jenis Jodoh,yang pertama,Jodoh Syaitan,dimana jika seorang perempuan berdua-duaan dengan seorang lelaki,dimana ketika itu wujud Syaitan sbg mahluk ketiga yang menghasut mereka sehingga melakukan zina.Dan menyebabkan perempuan itu hamil, dan akhirnya mereka bernikah kerana ingin menutup malu dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka.Yang keduanya ialah jodoh jin,dimana jika seorng lelaki menyukai seorang perempuan itu,tetapi perempuan itu menolak cinta lelaki itu.maka, lelaki itu meminta bantuan jin untuk membuatkan perempuan itu suka kepadanya atau sewblaiknya,dan akhirnya mereka berkahwin.Dan yang ketiga,ialah Jodoh Allah s.w.t. ,dimana seorg lelaki atau perempuan yang telah jatuh cinta pada kali pertama melihat pasangannya,dan mereka terus bernikah.


Semoga nukilan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada semua..Sesunguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..


Firefly out.. 

Syurga Cinta..

hu..sejak entry pasal Princess da calar 2..lama lak x menaip..busy giler sejak dua menjak ni..hmm..penat gile..physically and mentally..kekdg rasa nk quit pn ada...tp,kan baru lagi..byk lg nk belajar..so mana leh blah mcm 2 je..tp seius..ada ketika rasa da x tertanggung..kekadang jeles sgt ngan org yg pura2 busy ni...berlagak mcm byk keje..padahal x buat pe pn..tp..dia punye berlagak mcm lah dia busy sangat and penting sgt..setakat pandai membodek and ckp besar..x payah la nk berlagak..x kemana pun ko..ye la,maybe ko senang hidup skrg,kemudian hari...mana la kita tahu kan..masa 2 barulah ko tahu langit 2 tinggi ke rendah..

Kekadang terpikir gak kenapalah manusia ni suka sangat rasa bangga diri..pantang je org lebih sikit dr dia....tolonglah..manusia ni diciptakan Allah sama je..tiada yg lebih,tiada yg kurang..kalau ada kelebihan mesti ada kekurangan...so kenapa kita nk bangga diri kan??sepatutnye kita bersyukur dengan kelebihan kita,bukan riak..kononnye kita la yg plg bagus..org lain xle lbh ckit ngan kita..kononnye kita tahu semuanye..kita je yg betul,org lain x betul...kekadang dalam hidup,kita kkena dengar pendapat org lain..kan kita jugak yg untung kalau pendapat org tu bernas...ni x, kalau org lain bg pendapat,kita selalu sangkal...then kita berlagak konon2 kita yg tahu semua...jgn x tahu..bila kita terlalu menunjuk-nunjuk kepandaian kita,ia akan menampakkan lagi kelemahan kita.entahlah...manusia kan..macam2 ragam...

hmm...raya thun ni,x sempat nk p beraya kemana2 lagi...sorry la ek kekwn..saya keje jauh..hu..yng bg undangan perkahwinan pun banyak tp xsure lagi leh pegi ke x...he..bile tengok kekwn ramai nk kawen ni..terdetik kt hati kecil say ni..bila la pulak saya nk berjumpa lelaki yg telah diciptakan Allah s.w.t. sebagai jodoh saya..tertulis ke dalam takdir saya untuk berjumpa dengan si dia...atau mungkin hanya di syurga...wallahualam saya berserah pada takdir..jika memang da tertulis kita bertemu di Syurga..saya nantikan saat itu...Insya Allah..Jiwang pulak rasanye ari ni..he..kepada kekwn yg sdg berbahagia..tahniah saya ucapkan...

Firefly out..