Me n myself
  • Home
    • Version 1
  • Download
  • Social
  • Features
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • Contact Us
Assalamualaikum.,

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020 M BAGI SELURUH NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN


Zon 1:Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

*       Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
**     Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 : Labuan

*       Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
 **     Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia


Moga dipermudahkan ramadhan 2020. Please covid-19 go away soon. 

Stay Home, Stay Healthy, Stay Safe. 





Assalamualaikum,


 JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H / 2020 M BAGI SELURUH NEGERI SELANGOR

ZON 1 : HULU SELANGOR, GOMBAK, PETALING, HULU LANGAT DAN SEPANG

*       Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia 
**     Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

ZON 2 : KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

 

*       Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia 
**     Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

ZON 3 : KLANG DAN KUALA LANGAT


*       Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
**     Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk Kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

 Stay home, Stay Safe, Stay Healthy





TEKS UCAPAN

YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA

LANGKAH TAMBAHAN BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum WarahmatullahI Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saudara dan saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.

Apa khabar semua?

Saya harap saudara-saudari sihat walafiat.

Pada 27 Mac yang lalu, saya telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang bernilai RM250 bilion. Saya tahu sejak beberapa hari lalu Makcik Kiah, Pak Mail, Mr Lee, En Muthu, En Johnny dan ramai lagi sibuk buat semakan kelayakan penerima Bantuan Prihatin Nasional di laman sesawang LHDN. Bagi yang layak, bayaran dibuat mulai hari ini.

Bagi mereka yang layak untuk terima bantuan tetapi nama tiada dalam rekod LHDN, anda boleh lah buat permohonan baharu. Caranya mudah sahaja. Boleh guna handphone masing-masing untuk buat permohonan secara online di laman sesawang LHDN. Isi maklumat yang diminta dengan jujur, tekan butang hantar dan tunggu bayaran dimasukkan dalam akaun anda. Bagi warga emas yang mungkin tak berapa cekap menggunakan handphone, mintalah bantuan anak atau cucu untuk isi maklumat yang diperlukan.

Sebaik sahaja PRIHATIN diumumkan, saya telah terima banyak maklum balas daripada orang ramai. Ramai yang bersetuju dan menyambut baik pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan.

Tetapi saya juga menerima maklumbalas daripada persatuan-persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana dan juga perniagaan kecil atau mikro yang meminta kerajaan meneliti semula manfaat yang mereka terima dalam pakej rangsangan ekonomi tersebut.

Saya terima surat, memorandum dan juga pandangan daripada banyak pihak. Ini termasuk Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana Malaysia, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, USAHANITA dan banyak lagi. Rata-rata memberi pandangan bahawa perniagaan mereka amat terjejas dan mereka memerlukan bantuan tambahan daripada kerajaan.

Saya sedar bahawa PKS merupakan tunjang utama ekonomi negara. Sektor ini menyumbang lebih dua pertiga daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan hampir 40 peratus kepada ekonomi. Oleh itu, adalah penting kita pastikan sektor PKS dapat terus cekal dan mampan dalam menghadapi tekanan dan cabaran ekonomi yang melanda kita semua pada waktu ini.

Antara cabaran utama yang dihadapi ialah masalah aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Selain itu para pengusaha PKS juga berhadapan dengan isu birokrasi dan pentadbiran yang menghalang akses segera terhadap bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dalam pakej PRIHATIN.

Sehubungan itu, saya telah minta Menteri Kewangan untuk mengadakan sesi libat urus dengan pihak pengusaha kecil dan sederhana. Tujuannya ialah untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang mereka hadapi. Di pihak kerajaan kita cuba bantu dengan sebaik mungkin.

Hasil daripada semua usaha tersebut, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau “PRIHATIN TAMBAHAN”. Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan. 

Langkah-langkah tambahan yang diambil ialah:

Pertama, peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion. Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah seperti berikut:

Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Bantuan ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

Kedua, mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara. PKS mikro perlulah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menikmati kemudahan ini. Kerajaan akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Selain itu, Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank. Saya berharap organisasi pemberi pinjam wang turut bersimpati dengan kesukaran yang dihadapi oleh pelanggan dan bersama-sama membantu meringankan beban kewangan mereka.

Di samping meringankan beban kewangan PKS, Kerajaan juga akan mengambil beberapa inisiatif untuk memudahkan PKS mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan yang telah diumumkan. Antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan ialah: 

Pertama, memansuhkan kadar faedah 2% kepada 0% untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional. Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0%. Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan. Pemohon hanya boleh memilih salah satu daripada skim ini bagi membolehkan lebih ramai peniaga menikmati kemudahan ini.

Kedua, mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat Kerajaan Persekutuan seperti MARA, PETRONAS, PNB, PLUS dan UDA serta beberapa syarikat milik Kerajaan Negeri yang telah bersetuju untuk memberi diskaun atau tidak mengenakan sewaan ke atas premis mereka khusus untuk penyewa PKS.

Atas prinsip perkongsian bebanan, saya menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir. Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020. Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut.

Ketiga, membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25% kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020. Pengurangan bayaran levi ini tidak terpakai kepada pembantu rumah.

Saya juga faham kesukaran yang dihadapi oleh sebahagian majikan untuk mengekalkan pekerja dalam keadaan yang agak terdesak pada waktu ini. Dalam hal ini, Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.

Majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian. Sebarang perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang berkuatkuasa di negara ini. Yang penting, hak dan kebajikan kedua-dua pihak mestilah sentiasa terbela.

Saya juga tahu kesukaran yang dihadapi oleh pihak syarikat untuk mengemukakan dokumen berkanun bagi memenuhi keperluan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam tempoh PKP ini. Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.

Selain itu, tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP. Kelonggaran ini diberikan kepada syarikat yang mempunyai tahun kewangan berakhir 30 September hingga 31 Disember 2019. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memohon kelonggaran ini daripada SSM dan tiada fi penghantaran lewat akan dikenakan atas permohonan berkenaan. 

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Untuk membantu pengusaha PKS memahami inisiatif-inisiatif yang saya umumkan tadi, saya ingin memberikan beberapa contoh mudah.

Contoh pertama ialah Lee Beauty Saloon, iaitu sebuah PKS mikro yang terlibat dalam sektor perniagaan dandanan rambut. Saloon ini mempunyai 2 orang pekerja tempatan yang semuanya bergaji kurang RM4,000. Pemilik saloon ini, Madam Lee ingin merancakkan semula perniagaannya selepas tamat tempoh PKP. Dengan pelaksanaan semua bantuan yang telah diumumkan Kerajaan, Madam Lee boleh mendapat manfaat subsidi upah tiga bulan berjumlah RM7,200 dan geran mikro sebanyak RM3,000. Kesuluruhan manfaat yang diterima oleh Madam Lee ialah sebanyak RM10,200.

Contoh kedua pula ialah Restoran Mi Kolok Hj Salleh di Kuching Sarawak. Katakan restoran ini mempunyai 5 orang pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah dan 2 orang pekerja asing. Untuk menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, pemilik restoran ini boleh mendapatkan pinjaman kredit mikro BSN sebanyak RM50,000 dan subsidi upah untuk 5 orang pekerja berjumlah RM18,000. Di samping itu, pemilik restoran ini juga boleh menikmati penjimatan daripada pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, tangguhan cukai berjumlah RM5,200, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM2,300 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM300. Keseluruhan manfaat yang boleh diterima, tidak termasuk pinjaman kredit mikro, ialah sebanyak RM34,200 untuk tempoh 3 bulan.

Contoh terakhir ialah Syarikat Surjit Kaur Sdn. Bhd. Syarikat ini adalah sebuah syarikat bersaiz kecil dalam sektor perkilangan perabot dengan 15 orang pekerja. 5 orang adalah pekerja tempatan bergaji RM4,000 ke bawah, 10 orang pekerja asing dan selebihnya pekerja tempatan bergaji lebih RM4,000. Bagi memastikan syarikat dapat menampung keperluan aliran tunai dalam tempoh PKP, Syarikat Surjit Kaur boleh mendapatkan pinjaman Special Relief Facility (SRF) sebanyak RM500,000 dan subsidi upah berjumlah RM18,000. Selain itu, syarikat juga boleh menikmati penjimatan melalui pengecualian sumbangan KWSP dan HRDF sebanyak RM8,400, diskaun levi pekerja asing sebanyak RM4,600, tangguhan cukai PKP Mikro sebanyak RM32,700 dan diskaun bil elektrik sebanyak RM100. Keseluruhan manfaat yang diperolehi oleh syarikat ini, tidak termasuk pinjaman SRF, ialah sebanyak RM63,800.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Untuk memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan PRIHATIN TAMBAHAN dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar, unit LAKSANA telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan. Unit ini akan sentiasa memantau dan melaporkan perkembangan pelaksanaan semua inisiatif kepada Menteri Kewangan dan saya.

Untuk menyokong penyampaian inisiatif PRIHATIN, portal IMSME.COM.MY yang dikendalikan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) dengan sokongan Bank Negara Malaysia (BNM) bersedia untuk menerima permohonan pinjaman PKS yang telah saya umumkan tadi.

Jadi, selain daripada memohon pinjaman terus daripada institusi perbankan, para pengusaha PKS juga ada pilihan untuk membuat permohonan pinjaman melalui portal IMSME. Portal ini juga menyediakan khidmat myKNP, iaitu khidmat nasihat pembiayaan untuk PKS.

Dalam kalangan perusahaan mikro dan kecil, Kerajaan juga mengambil kira kesan ke atas syarikat baru mula atau startups di mana sumber pelaburan syarikat turut terjejas. Syarikat startups merupakan faktor pemboleh atau enabler serta pendorong yang penting kepada penggunaan teknologi dan kemajuan potensi modal insan bagi menyediakan negara ke arah IR 4.0. Menyedari kepentingan startups, Kerajaan akan mempertimbang pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor ini dalam tempoh yang sukar ini.

Saya berharap Pakej PRIHATIN TAMBAHAN ini akan dapat melindungi pekerjaan anda semua di samping menjamin daya tahan perniagaan. Pada masa yang sama, Kerajaan akan meneruskan amalan kewangan berhemah dan disiplin fiskal yang tinggi demi memastikan keadaan kewangan negara terus kukuh dan terkawal.

InsyaAllah, apabila Parlimen bersidang nanti, kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan untuk semua pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa telus dalam berbelanja dan semua tindakan yang diambil adalah berasaskan kepada peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. 

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Saya tahu setelah tiga minggu saudara-saudari berkurung di rumah, mungkin ada di kalangan saudara-saudari yang berasa agak terbeban dengan dugaan dan ujian Tuhan ini. Selama tiga minggu ini, kita terhalang daripada melakukan perkara-perkara yang biasa kita buat. Kita tinggalkan hobi kita, kita tinggalkan pekerjaan kita, kita rindu kepada kawan-kawan dan keluarga yang berjauhan. Pendek kata, kehidupan kita amat berbeza, dan kadang-kadang berasa sedikit terbeban.

Saya lihat di media sosial, ada suami yang mula memakai baju kelawar isteri. Ada yang mengayuh basikal dalam rumah. Ada juga yang mengubah ucapan saya menjadi lagu. Saya harap ini bukanlah kejadian pelik, atau buang tabiat kata orang. Ini adalah sebahagian daripada kreativiti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah.

Yang penting saya fikir saudara-saudari mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi dugaan dan ujian. Dan saya yakin Tuhan tidaklah menguji atau membebani kita dengan sesuatu yang tidak boleh kita tanggung. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

تۡبساتكااۡٱ اما اہياۡالعوااتۡبسكااا اما اهاالاهعسۚااۡوُلََإِّاسفانًۡ ُللَّٱ فُلكاُيِّلَا

Yang bermaksud:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Saya yakin dugaan yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat tanggung oleh kita semua. Teruslah cekal, kuat dan bersemangat. Yakinlah, kita akan dapat atasi dugaan ini bersama-sama.

To my fellow Malaysians, let us remember that we are inherently resilient, individually capable and collectively strong to face these uncertain times. Let us strengthen our resolve and stay committed to our fight against Covid-19.  

Let us stay the course and follow all orders made under the MCO. It is difficult, but certainly not impossible.This is the sacrifice we are called to make in order to win this war against the deadly virus. Winning this war starts in our homes and with our families. We can stop the virus from spreading by staying at home and maintaining physical distance.

Stay strong, stay healthy, insyaAllah we will succeed. Remember, after the rain, comes the sun. And better days will be here again.

Akhir sekali, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas di barisan hadapan yang terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi. Terima kasih semua doktor, jururawat, anggota polis, anggota tentera, imigresen, RELA, bomba, kakitangan JKM, sukarelawan NGO dan semua yang terlibat di barisan hadapan. Terima kasih juga kepada anda sekalian yang sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Teruslah sabar, tenang dan istiqamah. InsyaAllah, kita akan bangkit semula.

Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.



Newer Posts Older Posts Home

Total Pageviews

ABOUT ME


Roughmarker Regular
WELCOME TO MY BLOG

HAPPY READING

Life is too short to wake up with regrets. So, love the people who treat you right. Forget about those who dont. Believe everything happens for a reason. If you get a chance, take it. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would e likely be worth it- Harvey Mackay

SUBSCRIBE & FOLLOW

POPULAR POSTS

  • The Kitchen Musical-Kipas Susah Mati-
  • Bila si dia cari pasal..hmmm..
  • Hatimu Milikku
  • Practical Student?again?
  • Teh+kopi=pening:-S.
  • Aku bersahaja by Taufik Batisah & Rossa
  • Soo Cute Baby Shop ; baby Pyjamas
  • Hari ni hari pakwe saya kahwin ngan perempuan lain
  • Soalan cepumas
  • Entry confirm kena samak

Categories

  • Myself 172
  • chetacooking 9
  • homecook 5
  • recipe 5
  • foodblogger 3
  • Zufik short note 2
  • foodie 1

Advertisement

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.

Report Abuse

About Me

My photo
Zue_ita
View my complete profile

Followers

Search This Blog

Blog Archive

  • ►  2024 (1)
    • ►  June (1)
      • ►  Jun 25 (1)
  • ►  2023 (1)
    • ►  March (1)
      • ►  Mar 15 (1)
  • ►  2022 (5)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 26 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 22 (1)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 17 (1)
    • ►  March (1)
      • ►  Mar 13 (1)
    • ►  January (1)
      • ►  Jan 12 (1)
  • ►  2021 (20)
    • ►  December (2)
      • ►  Dec 16 (1)
      • ►  Dec 13 (1)
    • ►  September (1)
      • ►  Sep 14 (1)
    • ►  August (3)
      • ►  Aug 18 (1)
      • ►  Aug 15 (1)
      • ►  Aug 01 (1)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 17 (1)
    • ►  June (1)
      • ►  Jun 10 (1)
    • ►  May (2)
      • ►  May 20 (1)
      • ►  May 07 (1)
    • ►  April (2)
      • ►  Apr 25 (1)
      • ►  Apr 05 (1)
    • ►  March (3)
      • ►  Mar 28 (1)
      • ►  Mar 20 (1)
      • ►  Mar 07 (1)
    • ►  February (3)
      • ►  Feb 17 (1)
      • ►  Feb 10 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (2)
      • ►  Jan 17 (1)
      • ►  Jan 12 (1)
  • ▼  2020 (80)
    • ►  December (5)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 27 (1)
      • ►  Dec 20 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
      • ►  Dec 03 (1)
    • ►  November (2)
      • ►  Nov 29 (1)
      • ►  Nov 19 (1)
    • ►  October (4)
      • ►  Oct 26 (1)
      • ►  Oct 20 (1)
      • ►  Oct 06 (1)
      • ►  Oct 01 (1)
    • ►  September (3)
      • ►  Sep 26 (1)
      • ►  Sep 16 (1)
      • ►  Sep 07 (1)
    • ►  August (4)
      • ►  Aug 25 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 17 (1)
      • ►  Aug 05 (1)
    • ►  July (8)
      • ►  Jul 30 (1)
      • ►  Jul 28 (1)
      • ►  Jul 25 (1)
      • ►  Jul 21 (1)
      • ►  Jul 17 (2)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
    • ►  June (5)
      • ►  Jun 29 (1)
      • ►  Jun 22 (2)
      • ►  Jun 17 (1)
      • ►  Jun 16 (1)
    • ►  May (2)
      • ►  May 28 (1)
      • ►  May 11 (1)
    • ▼  April (12)
      • ►  Apr 25 (1)
      • ►  Apr 16 (1)
      • ►  Apr 15 (1)
      • ►  Apr 13 (2)
      • ►  Apr 11 (1)
      • ►  Apr 07 (2)
      • ▼  Apr 06 (3)
        • JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H ...
        • JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA TAHUN 1441 H ...
        • TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN ...
      • ►  Apr 02 (1)
    • ►  March (28)
      • ►  Mar 30 (2)
      • ►  Mar 29 (3)
      • ►  Mar 28 (2)
      • ►  Mar 27 (3)
      • ►  Mar 26 (3)
      • ►  Mar 24 (2)
      • ►  Mar 22 (4)
      • ►  Mar 19 (1)
      • ►  Mar 15 (2)
      • ►  Mar 14 (1)
      • ►  Mar 13 (1)
      • ►  Mar 09 (3)
      • ►  Mar 02 (1)
    • ►  February (7)
      • ►  Feb 29 (3)
      • ►  Feb 26 (1)
      • ►  Feb 25 (2)
      • ►  Feb 04 (1)
  • ►  2018 (4)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 19 (1)
    • ►  January (3)
      • ►  Jan 13 (3)
  • ►  2017 (3)
    • ►  May (3)
      • ►  May 07 (1)
      • ►  May 05 (2)
  • ►  2014 (12)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 15 (1)
    • ►  June (1)
      • ►  Jun 11 (1)
    • ►  April (5)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 18 (1)
      • ►  Apr 15 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
      • ►  Apr 11 (1)
    • ►  March (2)
      • ►  Mar 29 (1)
      • ►  Mar 01 (1)
    • ►  January (3)
      • ►  Jan 14 (1)
      • ►  Jan 09 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
  • ►  2013 (31)
    • ►  December (3)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
    • ►  November (3)
      • ►  Nov 20 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 04 (1)
    • ►  October (1)
      • ►  Oct 31 (1)
    • ►  August (1)
      • ►  Aug 19 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 30 (1)
      • ►  Jun 12 (1)
    • ►  May (3)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 05 (2)
    • ►  April (4)
      • ►  Apr 28 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 18 (1)
    • ►  March (2)
      • ►  Mar 19 (1)
      • ►  Mar 11 (1)
    • ►  February (5)
      • ►  Feb 21 (2)
      • ►  Feb 20 (1)
      • ►  Feb 07 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (7)
      • ►  Jan 27 (1)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 24 (1)
      • ►  Jan 15 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
  • ►  2012 (128)
    • ►  November (5)
      • ►  Nov 21 (1)
      • ►  Nov 18 (1)
      • ►  Nov 14 (2)
      • ►  Nov 04 (1)
    • ►  October (4)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 06 (1)
      • ►  Oct 05 (1)
      • ►  Oct 01 (1)
    • ►  September (2)
      • ►  Sep 16 (1)
      • ►  Sep 11 (1)
    • ►  August (10)
      • ►  Aug 30 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 19 (1)
      • ►  Aug 15 (1)
      • ►  Aug 07 (2)
      • ►  Aug 05 (2)
      • ►  Aug 04 (1)
      • ►  Aug 03 (1)
    • ►  July (15)
      • ►  Jul 30 (2)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 25 (2)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 22 (1)
      • ►  Jul 17 (1)
      • ►  Jul 13 (2)
      • ►  Jul 12 (2)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 04 (1)
      • ►  Jul 02 (1)
    • ►  June (6)
      • ►  Jun 30 (1)
      • ►  Jun 27 (1)
      • ►  Jun 23 (1)
      • ►  Jun 20 (1)
      • ►  Jun 18 (1)
      • ►  Jun 04 (1)
    • ►  May (12)
      • ►  May 31 (1)
      • ►  May 30 (1)
      • ►  May 27 (1)
      • ►  May 23 (1)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 17 (1)
      • ►  May 14 (1)
      • ►  May 13 (1)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 09 (1)
      • ►  May 05 (1)
      • ►  May 02 (1)
    • ►  April (18)
      • ►  Apr 28 (1)
      • ►  Apr 26 (1)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 20 (1)
      • ►  Apr 19 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
      • ►  Apr 13 (1)
      • ►  Apr 12 (1)
      • ►  Apr 10 (1)
      • ►  Apr 09 (1)
      • ►  Apr 06 (1)
      • ►  Apr 05 (2)
      • ►  Apr 04 (1)
      • ►  Apr 03 (1)
    • ►  March (12)
      • ►  Mar 29 (1)
      • ►  Mar 28 (1)
      • ►  Mar 27 (1)
      • ►  Mar 26 (1)
      • ►  Mar 24 (1)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 16 (2)
      • ►  Mar 14 (1)
      • ►  Mar 07 (1)
      • ►  Mar 06 (1)
      • ►  Mar 02 (1)
    • ►  February (22)
      • ►  Feb 29 (1)
      • ►  Feb 28 (1)
      • ►  Feb 26 (1)
      • ►  Feb 24 (2)
      • ►  Feb 23 (1)
      • ►  Feb 20 (2)
      • ►  Feb 18 (2)
      • ►  Feb 17 (1)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 15 (1)
      • ►  Feb 13 (1)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 09 (2)
      • ►  Feb 08 (2)
      • ►  Feb 03 (1)
      • ►  Feb 02 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (22)
      • ►  Jan 30 (1)
      • ►  Jan 28 (1)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 23 (1)
      • ►  Jan 19 (1)
      • ►  Jan 18 (1)
      • ►  Jan 16 (1)
      • ►  Jan 12 (3)
      • ►  Jan 11 (3)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 07 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
      • ►  Jan 02 (1)
      • ►  Jan 01 (2)
  • ►  2011 (307)
    • ►  December (32)
      • ►  Dec 30 (1)
      • ►  Dec 29 (1)
      • ►  Dec 28 (2)
      • ►  Dec 27 (1)
      • ►  Dec 25 (1)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 22 (1)
      • ►  Dec 21 (2)
      • ►  Dec 20 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 15 (2)
      • ►  Dec 14 (3)
      • ►  Dec 13 (1)
      • ►  Dec 12 (2)
      • ►  Dec 11 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
      • ►  Dec 06 (2)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 03 (2)
      • ►  Dec 01 (3)
    • ►  November (26)
      • ►  Nov 30 (2)
      • ►  Nov 29 (3)
      • ►  Nov 24 (2)
      • ►  Nov 18 (3)
      • ►  Nov 16 (1)
      • ►  Nov 14 (1)
      • ►  Nov 13 (2)
      • ►  Nov 12 (2)
      • ►  Nov 11 (1)
      • ►  Nov 09 (1)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 04 (1)
      • ►  Nov 03 (2)
      • ►  Nov 02 (2)
      • ►  Nov 01 (2)
    • ►  October (30)
      • ►  Oct 31 (1)
      • ►  Oct 28 (2)
      • ►  Oct 27 (4)
      • ►  Oct 25 (1)
      • ►  Oct 24 (1)
      • ►  Oct 23 (1)
      • ►  Oct 20 (2)
      • ►  Oct 19 (3)
      • ►  Oct 18 (3)
      • ►  Oct 17 (2)
      • ►  Oct 16 (1)
      • ►  Oct 15 (1)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (2)
      • ►  Oct 08 (1)
      • ►  Oct 02 (1)
      • ►  Oct 01 (3)
    • ►  September (16)
      • ►  Sep 28 (1)
      • ►  Sep 23 (1)
      • ►  Sep 22 (1)
      • ►  Sep 19 (3)
      • ►  Sep 18 (1)
      • ►  Sep 17 (1)
      • ►  Sep 15 (1)
      • ►  Sep 14 (1)
      • ►  Sep 13 (1)
      • ►  Sep 12 (1)
      • ►  Sep 08 (1)
      • ►  Sep 07 (1)
      • ►  Sep 06 (1)
      • ►  Sep 04 (1)
    • ►  August (12)
      • ►  Aug 30 (1)
      • ►  Aug 26 (1)
      • ►  Aug 24 (2)
      • ►  Aug 22 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 16 (1)
      • ►  Aug 09 (1)
      • ►  Aug 07 (2)
      • ►  Aug 05 (1)
      • ►  Aug 04 (1)
    • ►  July (17)
      • ►  Jul 30 (2)
      • ►  Jul 24 (2)
      • ►  Jul 21 (1)
      • ►  Jul 20 (1)
      • ►  Jul 18 (1)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 14 (1)
      • ►  Jul 12 (2)
      • ►  Jul 09 (1)
      • ►  Jul 08 (1)
      • ►  Jul 07 (1)
      • ►  Jul 06 (1)
      • ►  Jul 01 (2)
    • ►  June (23)
      • ►  Jun 30 (3)
      • ►  Jun 27 (1)
      • ►  Jun 19 (2)
      • ►  Jun 17 (1)
      • ►  Jun 15 (1)
      • ►  Jun 14 (1)
      • ►  Jun 11 (1)
      • ►  Jun 09 (2)
      • ►  Jun 08 (1)
      • ►  Jun 07 (3)
      • ►  Jun 06 (1)
      • ►  Jun 04 (1)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 02 (2)
      • ►  Jun 01 (2)
    • ►  May (26)
      • ►  May 30 (1)
      • ►  May 26 (1)
      • ►  May 24 (1)
      • ►  May 22 (1)
      • ►  May 20 (2)
      • ►  May 19 (1)
      • ►  May 17 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 12 (1)
      • ►  May 11 (3)
      • ►  May 10 (1)
      • ►  May 09 (1)
      • ►  May 08 (3)
      • ►  May 06 (2)
      • ►  May 05 (2)
      • ►  May 02 (2)
      • ►  May 01 (2)
    • ►  April (45)
      • ►  Apr 29 (2)
      • ►  Apr 28 (3)
      • ►  Apr 27 (1)
      • ►  Apr 26 (1)
      • ►  Apr 25 (2)
      • ►  Apr 24 (2)
      • ►  Apr 23 (2)
      • ►  Apr 21 (3)
      • ►  Apr 20 (3)
      • ►  Apr 19 (3)
      • ►  Apr 16 (1)
      • ►  Apr 15 (1)
      • ►  Apr 14 (2)
      • ►  Apr 13 (2)
      • ►  Apr 12 (2)
      • ►  Apr 11 (3)
      • ►  Apr 10 (3)
      • ►  Apr 09 (1)
      • ►  Apr 08 (2)
      • ►  Apr 06 (1)
      • ►  Apr 05 (1)
      • ►  Apr 04 (3)
      • ►  Apr 03 (1)
    • ►  March (28)
      • ►  Mar 31 (2)
      • ►  Mar 30 (2)
      • ►  Mar 29 (1)
      • ►  Mar 26 (1)
      • ►  Mar 24 (2)
      • ►  Mar 22 (1)
      • ►  Mar 21 (2)
      • ►  Mar 19 (1)
      • ►  Mar 18 (3)
      • ►  Mar 15 (2)
      • ►  Mar 14 (2)
      • ►  Mar 10 (1)
      • ►  Mar 09 (1)
      • ►  Mar 08 (1)
      • ►  Mar 07 (1)
      • ►  Mar 05 (2)
      • ►  Mar 03 (1)
      • ►  Mar 02 (1)
      • ►  Mar 01 (1)
    • ►  February (22)
      • ►  Feb 28 (1)
      • ►  Feb 24 (1)
      • ►  Feb 23 (2)
      • ►  Feb 22 (2)
      • ►  Feb 21 (1)
      • ►  Feb 20 (2)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 15 (1)
      • ►  Feb 14 (1)
      • ►  Feb 12 (2)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 08 (1)
      • ►  Feb 07 (3)
      • ►  Feb 05 (1)
      • ►  Feb 04 (1)
      • ►  Feb 03 (1)
    • ►  January (30)
      • ►  Jan 31 (1)
      • ►  Jan 26 (1)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 24 (4)
      • ►  Jan 23 (2)
      • ►  Jan 20 (2)
      • ►  Jan 18 (1)
      • ►  Jan 17 (1)
      • ►  Jan 16 (1)
      • ►  Jan 14 (1)
      • ►  Jan 11 (2)
      • ►  Jan 10 (2)
      • ►  Jan 09 (1)
      • ►  Jan 08 (2)
      • ►  Jan 07 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 04 (2)
      • ►  Jan 03 (3)
  • ►  2010 (149)
    • ►  December (41)
      • ►  Dec 31 (3)
      • ►  Dec 28 (1)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 22 (2)
      • ►  Dec 20 (3)
      • ►  Dec 19 (2)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 16 (2)
      • ►  Dec 15 (2)
      • ►  Dec 14 (2)
      • ►  Dec 12 (4)
      • ►  Dec 11 (1)
      • ►  Dec 10 (3)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 05 (2)
      • ►  Dec 04 (2)
      • ►  Dec 03 (2)
      • ►  Dec 02 (2)
      • ►  Dec 01 (2)
    • ►  November (29)
      • ►  Nov 30 (1)
      • ►  Nov 29 (2)
      • ►  Nov 27 (3)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 25 (1)
      • ►  Nov 24 (1)
      • ►  Nov 23 (1)
      • ►  Nov 22 (3)
      • ►  Nov 21 (2)
      • ►  Nov 20 (4)
      • ►  Nov 19 (2)
      • ►  Nov 16 (2)
      • ►  Nov 15 (1)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 11 (1)
      • ►  Nov 09 (1)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 05 (1)
    • ►  October (16)
      • ►  Oct 28 (1)
      • ►  Oct 25 (1)
      • ►  Oct 24 (2)
      • ►  Oct 21 (1)
      • ►  Oct 19 (1)
      • ►  Oct 18 (1)
      • ►  Oct 17 (1)
      • ►  Oct 15 (1)
      • ►  Oct 14 (2)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 08 (1)
      • ►  Oct 07 (1)
      • ►  Oct 04 (1)
      • ►  Oct 01 (1)
    • ►  September (13)
      • ►  Sep 29 (1)
      • ►  Sep 27 (1)
      • ►  Sep 25 (2)
      • ►  Sep 23 (2)
      • ►  Sep 18 (2)
      • ►  Sep 14 (1)
      • ►  Sep 11 (1)
      • ►  Sep 07 (1)
      • ►  Sep 03 (1)
      • ►  Sep 01 (1)
    • ►  August (9)
      • ►  Aug 30 (2)
      • ►  Aug 25 (1)
      • ►  Aug 24 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 18 (1)
      • ►  Aug 06 (2)
      • ►  Aug 03 (1)
    • ►  July (13)
      • ►  Jul 30 (1)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 28 (1)
      • ►  Jul 27 (1)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 22 (2)
      • ►  Jul 19 (1)
      • ►  Jul 16 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 11 (1)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 04 (1)
    • ►  June (6)
      • ►  Jun 29 (1)
      • ►  Jun 26 (1)
      • ►  Jun 25 (1)
      • ►  Jun 19 (1)
      • ►  Jun 08 (1)
      • ►  Jun 02 (1)
    • ►  May (3)
      • ►  May 15 (1)
      • ►  May 14 (1)
      • ►  May 01 (1)
    • ►  March (4)
      • ►  Mar 19 (1)
      • ►  Mar 15 (1)
      • ►  Mar 06 (1)
      • ►  Mar 01 (1)
    • ►  February (2)
      • ►  Feb 21 (1)
      • ►  Feb 17 (1)
    • ►  January (13)
      • ►  Jan 29 (1)
      • ►  Jan 27 (1)
      • ►  Jan 26 (1)
      • ►  Jan 22 (1)
      • ►  Jan 20 (1)
      • ►  Jan 18 (1)
      • ►  Jan 17 (1)
      • ►  Jan 16 (1)
      • ►  Jan 15 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 11 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 03 (1)
  • ►  2009 (4)
    • ►  December (2)
      • ►  Dec 26 (2)
    • ►  November (2)
      • ►  Nov 29 (2)
  • Home
  • Home
  • About
  • Contact
  • Home
  • Features
  • _Multi DropDown
  • __DropDown 1
  • __DropDown 2
  • __DropDown 3
  • _ShortCodes
  • _SiteMap
  • _Error Page
  • Mega Menu
  • Live Blogger
  • Documentation
  • _Web Documentation
  • _Video Documentation
  • Download This Template

Social Plugin

Oddthemes

Facebook

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates