Saturday, February 12, 2011

Tudung bonggol unta: Tidak cium bau syurga

Saya tahu saya pun x sebaik mana..walaupun ada org tu asyik cakap saya ni baik hati..he..tapi..saya nak share benda ni kat semua muslimah...harap sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda kita semua...


Akhir2 ni da banyak fesyen2 tudung yang ada...so ramai la muslimah yang memula tak bertudung sekarang da terbuka hati nak bertudung..Alhamdulillah...yelah...ramai gak yang before2 ni seksi gila..then berubah, lepas tu bertudung,...maybe sbb sekarang da banyak variety in terms of Fashion kan..ramai fashion designer pn da berminat nak create collection for muslimah yang bertudung...so baguslah..






tapi yang saya nak share kan hari ni ialah fesyen tudung yang ada "Bonggol unta" ni..yela...sebagai muslimah yang bertudung sepatutnya lebih molek kita mengamalkan ajaran Islam yang suci berpanduankan Al-Quran dan As sunnah...saya sedar saya pun kekadang lalai dan alpa pada keindahan dunia dan godaan syaitan yang direjam..tapi bolehkan kalau saya memberi sedikit pendapat saya..terus terang saya cakap..kekadang saya rasa aneh dan pelik kalau ada sesetengah muslimah yang bertudung ala2 bonggol unta ni bercakap beria-ia mengenai Islam..saya tahu seperti saya dorg pun berhak mengatakan pendapat dorg..tp sblm kita menasihati org lain,lebih molek kita membetulkan diri sendiri dahulu..yang saya lagi x paham dan pelik..kekdang..xde pn rambut perempuan tu panjang...ptapi bila pakai tudung bonggol unta ni..tetiba sanggul tu jadi tinggi..hmm.kenapa nak ada2 kan benda yang xde ek?tu yang saya x paham...and seriously..saya rasa x cantik pun...mcm kelakar je...bonggol unta ataskepala..commonla...so..berkempatan dengan Maulud Nabi ari Selasa ni..maybe kita leh sama2 mengamalkan sunnah Rasulullah yang kita sebgai manusia selalu alpa dan lupa...


So nak share sunnah Rasulullah..hadith Rasullah bersabda (Credit  to:http://marinahunny.blogspot.com)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :


Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh).

Firefly out..

0 comments:

Post a Comment