Harga zakat fitrah kawasan Johor

Assalamualaikum...
hari ni hari ke 9 ramadhan
sekejap je masa berlalu kan
pejam celik pejam celik dah seminggu lebih..
so dah seminggu puasa ni..
saya nak share info pasal pembayaran zakat..
zakat fitrah..
InsyaAllah saya akan bayar zakat ni kt tempat kerja saya je,
Alhamdulillah pihak kelab keluarga tempat saya berkerja akan menjemput amil dari masjid kampung berdekatan untuk bukak satu kaunter zakat kt sini..
senang sikit..
so saya ngan housemate dah plan nk bayar 22-25hb nanti..InsyaAllah kalau xde aral melintang..
wat kekawan yg duk kt Johor,leh refer kat pengumuman kt bawah ni untuk harga..dan disebabkan saya dah bermaustation kt JB ni, so saya kenalah bayar kat JB..he..
kekawan yg lain jgn lupa bayar jugak ye..
jgn wat muka x malu suruh parents bayar lagi..korg tu dah ada pendapatan sendiri..
so bayar la sendiri...he..
lebih indah jika rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, kita share kan bersama org lain especially kepada org2 yg kurg mampu..
jgn sekali kita lokek dengan harta kita kerana sebenarnya ianya hanya pinjaman semata-mata
Bersyukur dengan apa yg ada..
Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah..
InsyaAllah ada tempat buat kita di Akhirat kelak..InsyaAllah Amin..
Firefly out..

PENGUMUMAN Zakat Fitrah 1432H / 2011M
Kadar Fitrah
Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun 1432H bersamaan 2011M pada kadar RM5.00 & RM7.50 bersamaan satu gantang beras.

Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 7.50
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).
Panduan Pembayar
  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya. 

And for now, 

Alhamdulillah..

disaat waktu berhenti...kosong
dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
lalu diri menjadi hampa
saat paradigma dunia tak lagi digunakan untuk menerka*
sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri


ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)

hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

merenungi luar jendela,mengagumi kebesaran yang Maha Esa

ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
tak memadai hanya kecapi rasa selesa
maukan harta yang mampu beli 1 semesta
berpesta ke pagi botol bergelimpangan
kekasih muda bukan takat berpegang tangan
harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
saling tukar wanita,senyum dan mati tua
bakat dikurnia jangan disalah guna
jangan kufur nikmat yang diberi percuma
guna kelebihan untuk hikmah bersama
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,boleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua nak kaya atau besar
tetap Allahuakbar!!!

jadikanlah ku tentera Fisabilillah yang tertera di kalimah harap memanduilah

entah apabila persimpangan tiba,hidup penuh rintangan harus kuhadapinya
harapku tidak terlupa diri bila gembira,dan cuma mula mencari kau disaat hiba
ku cuma manusia penuh dengan kesilapan tapi bisa membezakan cahaya dan kegelapan
tabah bila dihalangan duri onak dan cobaan
teguh bila dicobakan keruh kuasa dan perempuan
sentiasa legar diminda,dikejar dan dipinta dari zaman bermula hingga ke akhirnya
ku mengerti siapa ku tanpamu disisi dan apa guna posesi juga posisi
sementara ini cuma hanya puisi,nukilan tulisan dan bisikan isi hati
mencari keterangan,menjiwai peranan menepati pesanan janji juga saranan
alhamdulillah atas kurniaan rezeki,moga tidak terleka dalam perjalanan ini

aku yang memandang di dalam lubuk hati,mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi

aku yang melihat alam meliputi wujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
aku hakiki,aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
gunanya tiada fantasi, pelik dan benar,qada' dan qadar kau berilah ku kekuatan
agar dapat ku hindarkan segala kesesatan
usah kau biar nafsuku terliur dari pandangan majazi ini,
aku yang hodoh lagi hina amat benar merindui
moga cahaya lailatul tak membutakan mataku,semoga segala puji tak ku meninggi diri
moga segala janji dapat juga ku penuhi,moga dapatku hadapi tikaman dari belakang
lidah setajam pisau, ku tidak akan risau dengan cabaran sepanjang perjalanan
ku pasrah ku akur 7,8,6 Alhamdulillah Syukur...

sujudku pun takkan memuaskan inginku

'tuk hanturkan* sembah sedalam kalbu
adapun kusembahkan syukur padamu ya Allah
untuk nama,harta dan keluarga yang mencinta
dan perjalanan yang sejauh ini tertempa
alhamdulillah pilihan dan kesempatan
yang membuat hamba mengerti lebih baik makna diri
semua lebih berarti akan mudah dihayati
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah....
 

0 Comments