“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”

Selesai sudah cerita Epilog SyurGa cinta yang disiarkan di TV3 pukul 6.30 setiap isnin Hingga Jumaat..saya tertarik ngan nasihat dlm cerita 2.Akhirnya saya faham,beberapa hukum dalam Islam yang selama ini mungkin saya terlepas pandang.Saya tertarik dengan satu Sunnah Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda:


Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan 
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)


kebanyakkan kita umat Islam sekarang mungkin tidak sedar akan wujudnya Sunnah ini atau mungkin kita sedar akan kewujudannya tapi kita terlalu taksub dengan adat zaman nenek moyang kita dimana selalunya kita akan menghebah-hebahkan pertunangan kita.


Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.



Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup… selama-lamanya sampai mati dan seterusnya ke syurga..Insya Allah.





Selain itu saya juga tertarik dengan nasihat  atuk kepada  Irham,Ckigu Siti,Ustaz Riann ngan Suhaila untuk membuat keputusan demi masa dpn drg...Terdapat 3 jenis Jodoh,yang pertama,Jodoh Syaitan,dimana jika seorang perempuan berdua-duaan dengan seorang lelaki,dimana ketika itu wujud Syaitan sbg mahluk ketiga yang menghasut mereka sehingga melakukan zina.Dan menyebabkan perempuan itu hamil, dan akhirnya mereka bernikah kerana ingin menutup malu dan bertanggungjawab atas perbuatan mereka.Yang keduanya ialah jodoh jin,dimana jika seorng lelaki menyukai seorang perempuan itu,tetapi perempuan itu menolak cinta lelaki itu.maka, lelaki itu meminta bantuan jin untuk membuatkan perempuan itu suka kepadanya atau sewblaiknya,dan akhirnya mereka berkahwin.Dan yang ketiga,ialah Jodoh Allah s.w.t. ,dimana seorg lelaki atau perempuan yang telah jatuh cinta pada kali pertama melihat pasangannya,dan mereka terus bernikah.


Semoga nukilan ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada semua..Sesunguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri..


Firefly out.. 

0 Comments