Wednesday, February 23, 2011

Dalam Diamku(OST Trilogi CInta)

Sape tengok cerita Trilogi cinta?ala yang adaptasi 3 novel Sahrifah Abu Salem tu.. Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi...masa sekolah menengah dulu memang rajin gila la layan novel2 kan..so,novel Sharifah Abu Salem ni memang salah satu novelis yang menjadi pujaan ramai la..sebab penulisan dia yang menarik..he..saya pun minat gak..ada la beberapa novelis yang saya minat..antaranya..karya Rosmizah..best gak novel2 dia..so, sesiapa yang ada waktu lapang malam2 leh la sama2 tonton cerita ni...bersiaran kat TV1 setiap hari Ahad,Isnin dan Selasa pukul 10..dibintangi barisan pelakon-pelakon handalan Malaysia termasuk lah Hero Favourite Malaya Rosyam Nor sebagai Razif, Fauziah Gous sebagai Norjinah dan ramai lagi..so,jangan ketinggalan ok!!


He sebenarnya saya bukan nak cerita pasal Trilogi cinta ni sangat pun..oit..ni x bermaksud saya x suka tau cerita ni...tapi besides cerita ni,saya berkenan sangat ngan lagu duet CT&KD dalam cerita ni..Dalam Diam...best lak..agaknya da banyak kali dengar kan..so..menyerap la dalam otak saya ni..sampai kadang2 ada radio karat dalam kepala otak ni menyanyi..kt radio tak pernah dengar lagi algu ni...hopefully radio2 Malaysia yang selalu pasang lagu yang sama tu..boleh  pasang la lagu ni kat radio..ada la variety sikit..ni pusing2 lagu sama...boring tau tak.. ok...tu aje..

Firefly out..

And for now..

Dalam Diamku Lirik(OST Trilogi Cinta)
by: Siti Nurhaliza&Kris Dayanti

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Kata hatiku
Kusimpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa
Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Daku terus mencari…
Terumbang-ambing dalam kebimbangan
Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah… lepaskanlah…
Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi



0 comments:

Post a Comment